Labels

Wednesday, 2 January 2013

Saturday, 3 November 2012

UKURAN PAKAIAN


cara ukuran pakaian

A1= UKURAN LILIT LEHER
-longgar kan lilit di bahagian leher 3/4"
A2= UKURAN LEBAR BAHU
A3= UKURAN LEBAR TANGAN- 
TEKUA-Letakkan pita pengukur dari hujung bahu hingga ke bawah siku (3/4 lengan atau sejengkal dari pergelangan tangan) dan bacakan jumlah ukurannya (dalam INCI)


A4= UKURAN LEBAR LENGAN
-lonngar kan ukuran sehingga 3/4"

A5= UKURAN LABUH TEKUA

 -ukur dari tengkuk ke tulang pinggul
A6= UKURAN LABUH KUTANG
 -ukur hingga ke punggung(baju kutang)

A7= UKURAN LILIT DADA 

- longgar kan 3/4"  



A8= UKUR LILIT PINGGANG
A9= UKUR PANJANG PINGGANG KE BUKU LALI/ SEJENGKAL DARI BUKU LALI
A10= UKUR LILIT PEHA
A11=UKUR LILIT CAWAT/CELAH KANGANG
A12= UKUR LEBAR KAKI SELUAR

DALAM INCI

*boleh di print dan ukur kepada tukang jahit di tempat kawasan anda dan msg kepada saya

CTH : A1=4 1/2 A2=18 A3= 21 ....

  <nama> <saiz ukuran> hantar ke 0176641255

  cth :mustafa 
        A1=4 1/2 A2=18 A3= 21 ....




Friday, 2 November 2012

DESTAR NEGERI SEMBILAN


NEGERI SEMbilan Darul Khusus








DESTAR SARANG KERENGGA
Destar ini agak berbeza dengan bentuk Dendam Tak Sudah. Destar unik yang amat menarik ini menggunakan lima lipatan yang disebut takuk dan daun lambaian kasihny tergantung seperti sarang kerengga di sebelah kanan pemakainya. Destar jenis ini pernah dipakai dalam majlis adat istiadat diraja oleh al-Marhum Tunku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1898-1933)






DESTAR DENDAM TAK SUDAH
Deta Dendam Tak Sudah yang berwarna ungu dengan lipatan lima takuk ini merupakan ikat kepala yang dikhaskan penggunannya kepada Undang atau Penghulu Luak di Negeri Sembilan.








DESTAR KACANG DUA DAUN
Destar jenis ini pernah dipakai oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada awal tahun 1950-an. Ia diilhamkan daripada daun kacang yang subur.






DESTAR KACANG SEHELAI DAUN
Y.A.M. Undang Rembau ke -20, Allahyarham Datuk Haji Adnan bin Haji Maah yang memerintah dari tahun 1963-1998 adalah waris Seia Raja, Kampung Bukit yang pernah memakai destar jenis ini manakala warna kegemaranya adalah hijau. Penciptaan idea destar ini berdasarkan daun kacang yang melambangkan kesuburan dan kesatuan.






DESTAR DENDAM TAK SUDAH
Destar ini banyak dipakai oleh masyarakat di situ. Ikatan asas destar ini adalah sama, hanya perbezaan pada arah lambaian kasih dan bilangan takuknya. Destar ini yang mempunyai tiga lipatan takuk merupakan destar yang dipakai oleh Datuk-Datuk Adat di Negeri Sembilan dan corak kakinya beragi atau berpetak dan lazimnya warna natarnya adalah hitam.





DESTAR HELANG MENYAMBAR
Destar ini merupakan pakaian hulu untuk Datuk-Datuk Lembaga Adat di Luak Rembau pada zaman dahulu. Pada sekitar 1950-an, destar jenis ini juga pakaian hulu yang popular kepada pengantin lelaki. Biasanya warna merah bersulam benang emas menjadi pilihan mereka.





DESTAR DENDAM BERAHI
Destar Dendam Berahi yang diperbuat daripada kain songket berwarna biru laut bersulam benang perak adalah salah satu yang dipakai oleh Undang Luak di Negeri Sembilan pada suatu ketika dahulu. Destar jenis ini mudah dekenali kerana ciri bentuk lambaian kasihnya yang sama lebarnya dan menebal selari tepat pada bahagian hadapan pemakainya.

DESTAR NEGERI SELANGOR & PERLIS


Destar Selangor Darul Ehsan






TENGKOLOK ALANG
Bentuk destar ini diambil daripada contoh yang dipakai oleh Al-Marhum Sultan Abdul Samad, Selangor. Baginda dikatakan amat pandai mengikat destar baginda sendiri.






SETANJAK LANG PATAH SAYAP
Destra khas ini adalah pakaian hulu rasmi Y.A.M. Panglima Diraja Selangor. Ia diperbuat daripada songket berwarna merah, iaitu warna yang melambangkan kuasa, kegagahan dan kepahlawanan panglima Melayu. Reka bentuk destar ini walaupun nampak ringkas, namun kedudukan pucuk destar yang dipanggil pucuk sirih diletakkan disebelah kanan manakala daun tajuknya pula disebelah kiri. Ini menunjukkan pemakainya adalah daripada kerabat Diraja.






SETANJAK PARI MUDIK
Terdapat beberapa jenis destar yang digunakan oleh Orang-orang Besar Negeri pada suatu ketika dahulu. Setanjak Pari Mudik misalnya dipakai oleh Dato' Abu Bakar Baginda, mantan Menteri Besar Selangor ke-7 (1959-1964). Kedua-dua pucuk sirih destar ini meletakkan disebelah telinga kiri pemakai.






SETANJAK SEBANG SELAT
Ikatan jenis ini pernah dipakai oleh pembesar Negeri Selangor pada tahun 1950-an hingga 1960-a





Destar Perlis Indera Kayangan








TENGKOLOK PUTERA KAYANGAN
Destar ini pernah dipakai oleh Al-Marhum D.Y.M.M. Tunku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai, Raja Perlis pada tahun 1957 sewaktu menandatangani pengistiharaan kemerdekaan Tanah Melayu. Seperti destar diraja yang lain warna natarnya adalah kuning diraja. Lipatan asasnya sebanyak tiga lipatan dan daun destarnya pula menghala ke atas.

DESTAR NEGERI KEDAH


Destar Kedah Darul Aman







DESTAR LAKSAMANA KEDAH
Destar berwarna hitam daripada kain songket dengan ikatan asas susun sirih ini adalah contoh ikatan Negeri Kedah Darul Aman yang dipakai oleh laksamana. Bentuknya yang unik dengan segagah namanya adalah pakaian hulu kerabat diraja Kedah pada masa dahulu. Sekali imbas ia seakan-akan ikatan Dendam Tak Sudah, namun jika diteliti dengan rapi perbezaannya, daunnya dinaikkan ke atas, manakala dua pucuk yang disebut kuasa, berkedudukan sebelah menyebelah di bahagian kiri pemakai





DESTAR TEMENGGUNG KEDAH
ikatan destar ini dipakai oleh kerabat diraja Negeri Kedah. Pasa masa sekarang ikatan yang sama dipakai oleh golongan bukan istana dengan daun kuasa terletak di sebelah kiri

DESTAR NEGERI PAHANG



Destar Pahang Darul Makmur






TANJAK RAJA NAIK BERSIRAM
Destar yang diperbuat daripada kain songket berwarna putih ini diberi nama Raja Naik bersiram. Ia dipakai sebaik sahaja raja berangkat naik daripada istiadat bersiram, sama ada sesudah selesai istiadat perkahwinan diraja ataupun pertabalan. Ia nandakan raja selamat bersiram. Destar jenis ini hanya dipakai oleh raja yang memerintah. Putera atau cucunda baginda tidak boleh memakai destar jenis ini. bentuk daunnya melonjong kehadapan dan memakai dua pucuk destar yang disebut gading.





DESTAR COGAN DAUN KOPI
Cogan Daun Kopi ialah nama khas bagi bentuk destar yang dipakai oleh D.Y.M.M. Sultan Pahang. Warna rasminya adalah kuning muda tetapi baginda selalunya memakai warna-warna latar yang gelap. Bentuk destar Pahang mudah dikenali daripada bentuknya yang segi tiga dan diikat secara menegak di atas dahi dan membiarkan bahagian kepala yang lain terdedah. Selain itu reka bentuk bunga atau daun itu terletak disebelah depan destar tersebut.







TANJAK SEKELONGSONG BUNGA
ikatan hulu jenis ini di pakai oelh kerabat diRaja dan Orang besar Empat Negeri Pahang. Walaupun bentuknya ini agak ringkas dan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah sekelongsong bunga, tetapi terdapat perbezaan antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan orang biasa, khususnya dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil sula.







TANJAK GETAM BUDU
Destar ini adalah pakaian hulu untuk Orang-Orang Besar di istana Negeri Pahang pada satu masa dahulu. Bentuk destar ini menutup seluruh bahagian kepada pemakai yang membawa maksud makna menyimpan segala rahsia raja. Warna hijau adalah warna yang dikhaskan untuk Datu-Datuk dsan Orang-Orang Besar Bergelar.