NEGERI SEMbilan Darul Khusus
DESTAR SARANG KERENGGA
Destar ini agak berbeza dengan bentuk Dendam
Tak Sudah. Destar unik yang amat menarik ini menggunakan lima lipatan yang
disebut takuk dan daun lambaian kasihny tergantung seperti sarang kerengga di
sebelah kanan pemakainya. Destar jenis ini pernah dipakai dalam majlis adat
istiadat diraja oleh al-Marhum Tunku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
(1898-1933)
DESTAR DENDAM TAK SUDAH
Deta Dendam Tak Sudah yang berwarna ungu
dengan lipatan lima takuk ini merupakan ikat kepala yang dikhaskan penggunannya
kepada Undang atau Penghulu Luak di Negeri Sembilan.
DESTAR KACANG DUA DAUN
Destar jenis ini pernah dipakai oleh D.Y.M.M.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada awal tahun 1950-an. Ia diilhamkan
daripada daun kacang yang subur.
DESTAR KACANG SEHELAI DAUN
Y.A.M. Undang Rembau ke -20, Allahyarham Datuk
Haji Adnan bin Haji Maah yang memerintah dari tahun 1963-1998 adalah waris Seia
Raja, Kampung Bukit yang pernah memakai destar jenis ini manakala warna
kegemaranya adalah hijau. Penciptaan idea destar ini berdasarkan daun kacang
yang melambangkan kesuburan dan kesatuan.
DESTAR DENDAM TAK SUDAH
Destar ini banyak dipakai oleh masyarakat di
situ. Ikatan asas destar ini adalah sama, hanya perbezaan pada arah lambaian
kasih dan bilangan takuknya. Destar ini yang mempunyai tiga lipatan takuk
merupakan destar yang dipakai oleh Datuk-Datuk Adat di Negeri Sembilan dan
corak kakinya beragi atau berpetak dan lazimnya warna natarnya adalah hitam.
DESTAR HELANG MENYAMBAR
Destar ini merupakan pakaian hulu untuk
Datuk-Datuk Lembaga Adat di Luak Rembau pada zaman dahulu. Pada sekitar
1950-an, destar jenis ini juga pakaian hulu yang popular kepada pengantin
lelaki. Biasanya warna merah bersulam benang emas menjadi pilihan mereka.
DESTAR DENDAM BERAHI
Destar Dendam Berahi yang diperbuat daripada kain songket berwarna biru laut
bersulam benang perak adalah salah satu yang dipakai oleh Undang Luak di Negeri
Sembilan pada suatu ketika dahulu. Destar jenis ini mudah dekenali kerana ciri
bentuk lambaian kasihnya yang sama lebarnya dan menebal selari tepat pada
bahagian hadapan pemakainya.
No comments:
Post a Comment